Posts

Showing posts from March, 2016

ANAK-ANAK TIDAK PANDAI MENULIS?

ANAK-ANAK TIDAK PANDAI MENULIS? Assalamualaikum.. selamat pagi.. Sepanjang berkhidmat dalam dunia pendidikan.. saya jumpa ramai anak-anak dengan pelbagai kecerdasan.. Fokus pada kali ini berkaitan pentingnya kemahiran menulis.. Berdasarkan pengamatan saya.. anak-anak akan mudah membaca apabila anak tersebut sudah boleh menulis.. Selagi tidak boleh menulis.. agak susah untuk anak-anak itu menguasai kemahiran membaca.. Di awal persekolahan.. ada anak-anak yang boleh menulis.. dan yang tidak boleh langsung.. Mengapa ini BERLAKU??? Jawapannya.. 1. Ada anak-anak ketika kecil mereka tidak merangkak.. ada yang duduk terus berjalan.. Sebagai ibu bapa, pasti merasa gembira. 'Wah.. anakku dah pandai berjalan'.. Sebenarnya aktiviti merangkak itu dapat menguatkan otot tangan dan kaki.. Pengalaman saya.. apabila ada anak-anak yang tidak boleh memegang pensel.. apabila diminta merangkak.. ada yang langsung tidak tahu! Sebab mereka tiada pengalaman tersebut.. Jadi.. ...

BAGAIMANA MEMBANTU ANAK BIJAK MATEMATIK!!!

BAGAIMANA MEMBANTU ANAK BIJAK MATEMATIK!!! Assalamualaikum dan selamat pagi.. Ramai yang bertanya saya.. macam mana dalam tempoh dua bulan, saya boleh ajar anak murid saya kemahiran menambah.. bukan ke terlalu awal? Cara-caranya:- ✔ Mulakan aktiviti seriasi.. Aktiviti seriasi merupakan aktiviti perbandingkan.. Contohnya, murid membandingkan objek besar dan kecil, tebal dan tipis, tinggi dan rendah, dan juga panjang pendek.. Sewaktu anak itu masih kecil, ibu bapa harus mendedahkan anak-anak dengan aktiviti seperti yang dinyatakan melalui permainan LEGO, permainan android dan bermacam-macam lagi.. Jika aktiviti masih lagi belum dikuasai, maka.. ibu bapa@guru janganlah ajar anak tambah tolak lagi.. ✔ Yang kedua, tahu bezakan mana depan, mana belakang.. Pengalaman saya dalam bidang ini.. biasanya murid tidak mengalami masalah arah depan dan belakang.. yang selalunya kiri dan kanan. Bagaimana ibu bapa ingin membantu anak-anak tahu kanan dan kiri dengan mudah? HANYA pakai...