Posts

Showing posts from September, 2014

Proton Iriz - Pengeluaran Produk Proton yang Terbaik.

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.                   Selepas Sehari Proton Iriz dilancarkan, saya bersama isteri terus ke Showroom Kluang untuk melihat sendiri Proton Iriz. Sampai je showroom terus je ambil beberapa gambar Iriz yang berwarna hijau. Wah... Jatuh cinta terus.. Terus bagi IC & Lesen  untuk pandu kereta Iriz. Nak cuba uji enjin VVT ni.. Power ke tidak.. Inilah kereta yang saya pandu.  Kereta yang saya pandu ialah Proton Iriz 1.6 CVT EXEC (RM56,888) warna putih. Dapat je kunci, terus hidupkan enjin. Wow.. Baru hidupkan enjin dah kagum. Sebab apa? Sebab tak bunyi mengaum macam enjin-enjin Campro Proton gunakan sekarang pada SAGA, PERSONA, dll. Ini sudah bagus.. Tekan suiz aircond.. fuh..mantap... Bunyi aircond pun lebih senyap berbanding dengan Campro. Nampaknya teknologi enjin VVT keluaran BOSCH (JERMAN) betul-betul membawa perubahan besar pada pengguna Proton. Keadaan 'seat' pula empuk.. huhuhu...

Menyesuluri Pengalaman Guru Baharu di Kawasan Luar Bandar/ Pedalaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama dah tak menulis di blog ini. Hari ini saya nak kongsikan satu pengalaman saya berkaitan dengan mandi jenazah. Dahulu, semasa berada di persediaan Ijazah tahun 2006, ada pensyarah menasihatkan kepada saya supaya beljar ilmu tentang mandi jenazah, belajar jadi imam, belajar hukum tajwid walaupun kita bukan Ustaz. Sewaktu tu, saya hanya mengangguk kepala tanda setuju tetapi tidak mengerti apakah yang ingin disampaikan sebenarnya.. Bermula tahun 2012, saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Penyabong, Mersing Johor. Kawasan ini memang asing bagi saya. Tidak pernah menjejakkan kaki di sini walaupun orang Johor. Minggu pertama berada di sini.. saya agak kekok.. mana taknya.. sebahagian besar di sini orang bercakap dengan dialek Terengganu.. baik di kedai, di masjid, baik di sekolah.. Saya rasa saya pula dalam minggu transisi.. hahaha.. Ramai yang tinggal di sini pekerjaan mereka adalah nelayan dan bekerja sendiri. Satu hari, ada berlaku ...