27/09/2014

Proton Iriz - Pengeluaran Produk Proton yang Terbaik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

                
Selepas Sehari Proton Iriz dilancarkan, saya bersama isteri terus ke Showroom Kluang untuk melihat sendiri Proton Iriz. Sampai je showroom terus je ambil beberapa gambar Iriz yang berwarna hijau. Wah... Jatuh cinta terus.. Terus bagi IC & Lesen  untuk pandu kereta Iriz. Nak cuba uji enjin VVT ni.. Power ke tidak..


Inilah kereta yang saya pandu. 


Kereta yang saya pandu ialah Proton Iriz 1.6 CVT EXEC (RM56,888) warna putih. Dapat je kunci, terus hidupkan enjin. Wow.. Baru hidupkan enjin dah kagum. Sebab apa? Sebab tak bunyi mengaum macam enjin-enjin Campro Proton gunakan sekarang pada SAGA, PERSONA, dll. Ini sudah bagus.. Tekan suiz aircond.. fuh..mantap... Bunyi aircond pun lebih senyap berbanding dengan Campro. Nampaknya teknologi enjin VVT keluaran BOSCH (JERMAN) betul-betul membawa perubahan besar pada pengguna Proton. Keadaan 'seat' pula empuk.. huhuhuhu.. memang terbaiklah..

               
       Bila dah gerak pula.. tekan minyak untuk test performance enjin... Yang menariknya.. Enjin terbaru yang digunakan Proton ini 'tiada gear'. Hahahaha... Maksudnya, kita takkan rasa langsung pertukaran gear. Terus pecut jer beb.


      Dari segi 'handling'..Memang TERBAIK!!!! Bagi 5 bintang.. Amat ringan dan selesa. Jika dibandingkan dengan VIOS, CITY, MYVI.  Teknologi Electric Power Stering System (EPS) memang teknologi terkini di dunia yang digunakan oleh Proton pada Model Iriz ini. Saya memang berpuas hati dengan handling.


        Apabila tiba di kawasan BUKIT pula, En Bard (Penasihat Jualan yang sporting) minta saya berhentikan kenderaan. Selepas kenderaan diberhentikan, saya melepaskan pedal brek, biarkan Gear dalam 'D'. Apa jadi pada kereta tu, kereta itu berada dalam keadaan statik tanpa perlu saya menekan brek atau pedal.  Bermaksud, apabila kita memandu dikawasan bukit dan dalam keadaan 'jem'.. Kita tak perlu asyik menekan minyak atau brek sahaja agar kereta tak turun ke bawah. Yang menariknya. teknologi ini juga terdapat kereta manual. Teknologi Hill -Hold Assist (HHA) merupakan teknologi terbaru di dunia. Hanya 6 model kereta di dunia ini yang ada teknologi HHA.


Isteri saya tak sedar tu meter dah mencecah 120km/h.


        Selepas itu, giliran isteri pula memandu. Isteri saya terus tekan pedal tu.. Agaknya dia nak berlumba atas jalan tu kot.. hehehe. Sampai En Bard tegur.. "Kita tak sedar dah 120km/j kelajuan kereta ni"..  Rupanya-rupanya, yang tengah memandu tak sedar dah tekan pedal sampai 120km/j. Padahal rasa macam baru 80KM. Agak-agak sebab apa? Tak lain tak bukan.. Kualiti telah ditingkatkan.


       Sewaktu isteri saya memandu, hujan telah turun. Dengan kelajuan 80km/j, isteri saya memandu IRIZ tu untuk melanggar lopak air yang ada di bahu jalan untuk menguji  Taction Control System (TCS). Bila melalui lopak air tadi, butang TCS menyala dan saya merasakan pergerakan kereta mudah dikawal seperti melalui jalan biasa.


       Dan apabila tiba di showroom semula, En Bard kata biarkan suiz lampu dalam mod terbuka. Matikan enjin sahaja. Agak-agak apa yang terjadi? Selepas beberapa ketika, lampu headlamp itu automatik terpadam. Wah..HEBAT! satu lagi teknologi baru yang digunakan Proton dinamakan Auto Headlamp. Kegunaan  Auto Head Lamp adalah untuk membantu pemandu yang cuai atau terlupa mematikan suiz lampu. Contohnya kita pergi shopping mall. Selepas parking kita terus jalan masuk dalam shopping mall tanpa sedari lampu sedang menyala. Tak perlu risau, lampu itu akan padam secara automatik.. Kalau tanpa teknologi ini, balik shopping MESTI bateri 'kong'.. Hahaha


    Selepas merasai pengalaman memandu Proton Iriz.. Saya boleh senaraikan beberapa kekuatannya.

1. Teknologi-teknologi yang digunakan pada Proton Iriz seperti Auto HeadLamp, HHA, ESC, BA, ABS Air Bags sampai 6 menjadikan kereta ini sebaris dengan kereta Segmen B kereta-kereta jenama yang lain.

2.  Enjin VVT yang digunakan jauh lebih baik berbanding dengan campro.



3. Tahap keselamatan pula terbaik - 5 STAR ASEAN NCAP.. Cuba taip google, model-model lain segmen B dari perodua, honda, toyota, suzuki dapat berapa star? Kalau Jazz, Swift pun baru 4 bintang,Myvi 3 bintang. Iriz 5 bintang. Tahap keselamatan di tahap tertinggi.

4. Dari segi kabin, dalamnya luas berbanding dengan pesaingnya. Seperti kita sedang menaiki sebuah kereta sedan.

5. Rekaan dalaman dan luaran agak sporty memang menarik minat golongan muda.

6. Dari segi harga dengan cc 1.3 - 1.6.. bagi pendapat saya memang berbaloi disebabkan teknologi, tahap keselamatan, keselesaan tahap terbaik. Jangan bandingkan harga kereta 1.0 dengan 1.6.. memanglah jauh.. tapi tengokla banyak perbezaannya..

7. Dari segi Waranty... memang terbaik. 5 tahun atau 150 000km atau mana-mana terdahulu.

8. Dari segi servis. 3 tahun percuma atau 60 000km atau mana-mana terdahulu. Maksudnya.. Bila datang Service Centre.. Bagi kunci jer.. Duit 1 sen tak perlu keluar.




9. Kerusi belakang penumpang boleh dilipatkan. Jadi lugage lebih besar seperti dalam gambar.




Tak pandai posing.. hehe


10. Nak tengok lugage Iriz ni tengokla gambar saya di atas.. Berat 80kg. Tinggi 171cm. Boleh muat tak?


10. Terakhir sekali.. Syabas dan tahniah kepada Proton.. Penghasilan Iriz ini benar-benar menunjukkan satu usaha Proton untuk berdaya saing di persada dunia.

Antara gambar-gambar yang lain.

Ruang dalam yang nampak sporty

Design belakang yang moden

Kedudukan kaki saya ketika duduk di belakang. Lutut tidak menyentuh 'seat' pemandu lagi.

Gambar Enjin VVT.


Pintu Kanan sebelah pemandu

Pintu kanan bahagian belakang..  Cuba cari mana 'lock' pintu ni??? Kalau nak tahu pergi showroom.. Hahaha

Kalau 1.6 mesti dapat chrome macam gambar di depan tu.


Agak-agak itu bahagian apa? Nak tahu kena datang showroom ye.

Harga Iriz.. No tel En Bard untuk dapatkan tempahan kawasan Kluang atau sekitarnya. Servis memang tip top. Saya rekemenkan.

Keadaan panel ketika enjin dhidupkan. Top Speed 180km/h untuk enjin 1.3
110 hp & 148Nm.. Memang power.

DVD Double Din menambahkan lagi ciri-ciri moden. Ada GPS semua.

Kereta Iriz Enin Manual 16km/liter... Enjin Auto 13-14km/liter.. Lebih kurang MYVI.



Siapa nak hubungi pejabat Proton boleh hubungi no di atas.


*Adahkah berbaloi jika nak beli Iriz atau Myvi? Banding tahap keselamatan?



                

No comments:

Popular Posts