19/03/2017

PROSEDUR AKTIVITI LAWATAN MURID/PELAJAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yang berikut merupakan susunan kerja bagi seorang guru untuk mengadakan lawatan ke sesebuah tempat.

1. Bincang dengan pihak sekolah/ ibu bapa mana-mana tempat untuk dilawati. Perbincangan meliputi kos makan dan minum, pengangkutan, penginapan, tarikh lawatan, kos bayaran ketika memasuki tempat-tempat yang dilawati.

2. Apabila persetujuan dicapai, kertas kerja disiapkan untuk ditandangani oleh ketua jabatan (Guru Besar). Sila klik pada pautan berikut contoh kertas kerja lawatan 

3. Apabila kertas kerja diluluskan, sila hantar permohonan kelulusan ke ppd (lawatan dalam daerah) atau ke JPN (lawatan antara negeri) . Sila klik pada pautan berikut contoh surat permohonan melancong . PERMOHONAN MELANCONG HENDAKLAH DIHANTAR 5 MINGGU SEBELUM TARIKH PERMOHONAN

4. Apabila permohonan melancong sudah diluluskan, surat siaran kutipan aktiviti lawatan boleh diedarkan. Slik klik pada pautan berikut contoh surat siaran kutipan aktiviti lawatan kepada ibu bapa

5. Disamping itu juga, sertakan sekali surat kebenaran murid mengikut aktiviti. Sila klik pada pautan berikut contoh surat kebenaran JPN. Ada sesetengah sekolah mencetak borang ini kertas berwarna hijau muda atau putih. Bergantung kepada sekolah masing-masing.

*6. Katakanlah tarikh yang dirancang terpaksa ditunda. Slik klik pautan berikut contoh surat pindaan tarikh lawatan. DIINGATKAN, Sekiranya tarikh pindaan lawatan berlaku pada bulan yang sama, proses ini boleh dilakukan dengan menghantar surat sahaja. Sekiranya tarikh lawatan bertukar BULAN yang berbeza, PERKARA 3 perlu dilakukan semula.

7.  Setelah selesai aktiviti lawatan. Laporan harus disiapkan. Sila klik pada pautan berikut contoh laporan aktiviti lawatan.

Sekian sahaja perkongsian pada hari ini. Selamat membaca :-)

2 comments:

krenggge said...

Assalam. Boleh tanya.
Apa dokumen-dokumen lengkap pihak pengusaha bas kena beri pada pihak sekolah bagi membolehkan pihak sekolah menggunakan perkhidmatan mereka dan untuk mengeluarkan Local Order (pesanan sekolah)?
Terima kasih.

Anonymous said...

no plat bas untuk isi borang pelancongan, quotation

Popular Posts