Blog ini diwujudkan untuk pengguna mencari maklumat berkaitan dengan perihal prasekolah/ tadika/ kemas/ pendidikan awal kanak-kanak seperti lembaran kerja; aktiviti-aktiviti prasekolah; dan bermacam-macam lagi
22/09/2014
Menyesuluri Pengalaman Guru Baharu di Kawasan Luar Bandar/ Pedalaman
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama dah tak menulis di blog ini.
Hari ini saya nak kongsikan satu pengalaman saya berkaitan dengan mandi jenazah.
Dahulu, semasa berada di persediaan Ijazah tahun 2006, ada pensyarah menasihatkan kepada saya supaya beljar ilmu tentang mandi jenazah, belajar jadi imam, belajar hukum tajwid walaupun kita bukan Ustaz. Sewaktu tu, saya hanya mengangguk kepala tanda setuju tetapi tidak mengerti apakah yang ingin disampaikan sebenarnya..
Bermula tahun 2012, saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Penyabong, Mersing Johor. Kawasan ini memang asing bagi saya. Tidak pernah menjejakkan kaki di sini walaupun orang Johor.
Minggu pertama berada di sini.. saya agak kekok.. mana taknya.. sebahagian besar di sini orang bercakap dengan dialek Terengganu.. baik di kedai, di masjid, baik di sekolah.. Saya rasa saya pula dalam minggu transisi.. hahaha.. Ramai yang tinggal di sini pekerjaan mereka adalah nelayan dan bekerja sendiri.
Satu hari, ada berlaku kematian di kampung nelayan. Ada orang kampung telefon pada waktu petang.
'Cikgu, malam ni mari rumah kawan... ada pak sedaro meninggal'.
Jadi lepas Isyak, saya datanglah ke rumah tersebut dan terus naik atas.
Dan tak kusangka.. Pak Imam dan anak arwah terus bagi sarung tangan..
Rupa-rupanya mereka minta saya bantu untuk mandikan jenazah tanpa tanya saya mahu ke tidak.. Mereka anggap cikgu tahu semuanya.. Waktu tu hanya Allah je yang tahu..
Alhamdulillah.. semasa kat maktab, ada pergi kursus jenazah.. dapatlah aplikasi..
Begitu juga dengan hukum tajwid.. bila selepasi solat mahgrib.. ada jemaah yang bertanya.. Teringat Ustaz Asri, Pensyarah IPBA,
Bila petang-petang.. ada yang panggil minta tolong sembelih kambing.. Syukur juga semasa di maktab pergi kursus sembelihan anjuran Unit Pendidikan Islam dan JAWI.
Bila ada kenduri, ada yang minta pimpin majlis tahlil.
Hari ni.. saya ingat..pesan pensyarah semasa saya di maktab dulu amat berguna. Kalaulah saya abaikan pesanan beliau.. apakah yang terjadi???
Kepada adik-adik saya, rakan-rakan saya, belajarlah ilmu agama.. walaupun kita bukan ustaz..
Tetapi bila kita di lapangan terutamanya tempat luar bandar/ pendalaman... GURU adalah segalnya..
Ada rakan saya bila ditempatkan di Sarawak bahagian pedalaman. Lauknya makan ikan sardin, maggi menjadi menu utama.. kerana dalam perkampungan mereka.. hanya 5 orang guru Islam sahaja. Mereka semua adalah perempuan.. Rakan saya menyesal dahulu waktu di maktab tak nak ambil peluang hadiri kursus sembelihan.
Ambillah yang baik.. Tuntutlah ilmu selagi mana mampu. Ilmu bermanfaat tidak akan menjadikan seseorang itu miskin.
No comments:
Post a Comment