1. Lindungi Maklumat Diri!
Ramai pengguna FB khususnya mereka meletakkan NAMA SEBENAR di facebook. Memanglah nanti mudah untuk rakan-rakan anda untuk mengenali anda.. Cukup dengan nama panggilan atau timangan sahaja.
2. JANGAN dedahkan NOMBOR telefon anda!!!
Berapa ramai pengguna fb khususnya yang menjalankan perniagaan online.. mereka meletakkan no telefon mereka secara terang. Banyangkan sekiranya anda diganggu/diugut/ menerima ancaman dan bermacam-macam lagi, bila-bila masa sahaja mereka boleh lakukan.
Saya galakkan orang yang meniaga secara online menggunakan komunikasi 'PM' untuk menjalankan urusniaga.
3. Password.
Pastikan setiap kali anada mahu memasuki ruangan log masuk seperti emel, fb, dan sebagainya, masukkan password secara manual. Jangan gunakan perkhidmatan seperti di atas. Sekiranya gajet anda hilang, pencuri boleh membuka dan menyelongkar profile anda.. Mungkin anda telah memuat turun gambar hanya untuk privasi anda.. Dan bayangkan jika pencuri tersebut, mengugut mahu menyebarkan gambar tersebut.
4. https atau http???
Yang mana satu yang tepat. Pastikan apabila ingin menggunakan perkhidmatan perbankan internet, pastikan https (seperti dalam gambar). web https adalah web yang SAH.
+++ Saya hampir-hampir pernah digodam apabila log in ke web (http). Saya perasan semasa semasa hendak memasukkan username.. Sekali imbas, kita tengok page tersebut 99% hampir sama...
Bila saya tengok pada bahagian url bukan (https), saya bukan new tab yang baru dan taip (https).
TERNYATA, hanya terdapat perbezaan gambar dan susun atur sahaja. Perbezaan amat minimum..
5. Nama pada telefon bimbit.
Inilah pesan saya yang terakhir. Saya senaraikan tempat kelima dalam ciri keselamatan bukan bermakna tidak penting, tapi bahagian keselamatan inilah yang selalu diabaikan oleh kita semua.
Contoh.
Ali meletakkan nama ayahnya dalam handphone dengan nama 'ayah'.
Satu hari telefon Ali telah hilang. Ketika itu Ali berada di kampus.
Apakah yang telah dilakukan oleh pencuri tadi?
Pencuri tersebut telah menghubungi ayah Ali berdasarkan nama yang disimpan dalam telefon Ali. Pencuri tersebut mendakwa Ali diculik dan pencuri tersebut minta wang tebusan RM10,00 dalam masa 10 minit.
Ayah Ali tergesa-gesa lalu terus memasukkan duit ke dalam akaun yang diberikan.
Keesokkan harinya, Ayah Ali berjaya menghubungi Ali apabila Ali berjaya membuat simcard yang baharu semula.
Selang beberapa minit, Ali menerima panggilan daripada ayahnya.
Ali sangat terkejut apabila ayahnya mendakwa telah memasukkan wang tebusan kerana dimaklumkan Ali telah diculik.
Cerita sebenar, HP Ali telah hilang, bukan diculik.
Nah... anda lihat apa yang telah berlaku. Ini merupakan salah satu kes yang pernah berlaku.
Saya sarankan..
1. Masukkan password setiap kali ingin log in HP.
2. Jangan sesekali tulis nama timangan, nama panggilan keluarga kita dalam senarai nama. Walaupun ayah, ibu, along, kakak, adik, dan lain..
Sekian dari saya ..
Moga bermanfaat :-)
Mohon SHARE :-)
Tekan ikon facebook @ tweeter di bawah tu
No comments:
Post a Comment