19/03/2017

SALAHKAH MENJADI ANAK SULUNG?

SALAHKAH MENJADI ANAK SULUNG?


Pengalaman tentang mengajar anak-anak prasekolah memberikan 1001 panduan kepada kita agar mendidik anak kita ke arah yang betul. Mungkin ramai yang terlepas pandang tentang hal ini.

Situasi 1: ABANG/KAKAK berumur lebih kurang sebaya dengan adik mereka. Contoh ABANG/KAKAK berusia 6 tahun, adiknya berumur 4 tahun.

1. Anak sulung sering DISALAHKAN apabila mereka bermain dengan adik-adik mereka ada pergaduhan. Biasanya abang yang selalu disalahkan dengan alasan ABANG/KAKAK dah besar.. Contohnya.. masing-masing baru menonton cerita Ultraman.. Kemudian mereka melakukan aksi ultraman melawan raksasa. Adik menumbuk abang, abang membalasnya. Kemudian adik menangis. yang disalahkan pasti abangnya.. Dalam kes ini, yang salahnya adalah ibu bapa sebab membenarkan anak-anak menonton filem aksi tanpa bimbingan.

2. Ketika alat permainan ada 1 sahaja contohnya topeng muka.. ABANG/KAKAK diminta beralah kerana juga dianggap perkara yang sama.. Mereka sudah besar.. ABANG/KAKAK ada hak mereka juga. Mereka juga mempunyai naluri yang sama dengan adik beradik yang lain. Penyelesaiannya, sama ada dua-dua ada topeng muka atau dua-dua tidak dapat bermain.

3. Anak sulung sering dimarahi/disalahkan kerana menunjukkan contoh yang tidak baik dan diikuti oleh adiknya tetapi adiknya tidak dimarahi/ditegur apabila melakukan kesalahan kerana dianggap masih kecil.

4. ABANG/KAKAK selalu diminta mengalah dalam banyak perkara. Ibu bapa kata mesti dahulukan adik. Benar.. tetapi bukan semua perkara perlu begitu.  Contohnya ABANG/KAKAK selalu  merasakan adiknya selalu mendapat perhatian (dipeluk, dicium) berbanding dengan dirinya menyebabkan mereka memberontak!

5. Contoh situasi lain yang berlaku adalah tentang membasuh kasut sekolah. ABANG/KAKAK ketika berusia 7 tahun disuruh/diminta membasuh kasut sendiri. Apabila mereka sudah mencecah usia 10 tahun, adik mereka yang berusia 7 tahun tidak pula disuruh membersih kasut sendiri. Malah ABANG/KAKAK pula dimarahi kerana tidak membasuh kasut adiknya. Kanak-kanak sebenarnya mereka menilai dan memikirkan hal-hal sebegini.

APAKAH KESANNYA TERHADAP DIRI MEREKA.

1. Keyakinan diri mereka menurun kerana sering dimarahi sehinggalah mereka dewasa.

2. Apabila anak sulung bermain dengan rakan-rakan mereka. Mereka akan membuli semula atau bersikap ganas dengan rakan-rakan kerana ketika dirumah mereka sering dimarahi. Jadi mereka melepaskannya ketika bermain dengan rakan-rakan. Sebab itu ramai kanak-kanak mempunyai dua watak yang berbeza ketika di rumah dan juga di sekolah.

3.Ada sesetengah keluarga jika dilihat, anak yang kedua atau ketiga lebih berdikari berbanding dengan anak sulung. Ia berlaku disebabkan  perkara-perkara di atas.

4. Anak sulung adalah eksperimen bagi ibu bapa muda yang baru mendirikan rumah tangga. Mereka belajar dari orang tua mereka dan persekitaran mereka. Mereka hanya mencuba-cuba tanpa sedar risiko yang berlaku.

TINDAKAN IBU BAPA ATAU DEWASA.

1. Zaman dahulu memang ibu bapa tiada menghadiri kursus ibu bapa tetapi mereka dapat membela anak-anak mereka sehingga berjaya. Zaman sudah berubah. Cabaran masa kini lebih hebat berbanding dengan dahulu. Hadirilah kursus yang berkaitan dengan keibubapaan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.

2. Rujuk kepada yang pakar atau ibu bapa yang sudah terbukti anaknya berjaya. Tanya rahsia dan resepi mereka gunakan.

3. Sebagai ibu bapa harus memberikan kepercayaan dan tanggungjawab yang sama kepada semua anak-anaknya. Jika anak sulung wajib mengemas mainan yang telah bersepah pada usia 3 tahun lagi, adik-adiknya harus ditetapkan rutin yang sama!

4. Dalam mengurus anak-anak, bapa seharusnya merendahkan egonya sebagai lelaki apabila ada yang menegur atau menasihatkan anak-anaknya. Sebagai bapa sebenarnya mereka ego bukan kerana teguran itu, tetapi malu kerana kelemahan diri sendiri. Akuilah kelemahan dan perbaikilah untuk masa depan anak-anak.

Cukuplah sekadar ini sahaja saya menulis. Terima kasih kerana sudi membaca.

MOHAMAD FAREEZ MAZLAN


No comments:

Post a Comment