18/03/2016

ANAK-ANAK TIDAK PANDAI MENULIS?

ANAK-ANAK TIDAK PANDAI MENULIS?
Assalamualaikum.. selamat pagi..
Sepanjang berkhidmat dalam dunia pendidikan.. saya jumpa ramai anak-anak dengan pelbagai kecerdasan..
Fokus pada kali ini berkaitan pentingnya kemahiran menulis..
Berdasarkan pengamatan saya.. anak-anak akan mudah membaca apabila anak tersebut sudah boleh menulis..
Selagi tidak boleh menulis.. agak susah untuk anak-anak itu menguasai kemahiran membaca..
Di awal persekolahan.. ada anak-anak yang boleh menulis.. dan yang tidak boleh langsung..
Mengapa ini BERLAKU???
Jawapannya..
1. Ada anak-anak ketika kecil mereka tidak merangkak.. ada yang duduk terus berjalan.. Sebagai ibu bapa, pasti merasa gembira. 'Wah.. anakku dah pandai berjalan'..
Sebenarnya aktiviti merangkak itu dapat menguatkan otot tangan dan kaki..
Pengalaman saya.. apabila ada anak-anak yang tidak boleh memegang pensel.. apabila diminta merangkak.. ada yang langsung tidak tahu! Sebab mereka tiada pengalaman tersebut..
Jadi.. ibu bapa di luar sana.. latih anak merangkak.. dengan cara bermain permainan haiwan.. jadi kucing, harimau dan lain-lain walaupun mereka sudah berumur 6 tahun..
2. Terlalu manjakan anak..
Maksud saya.. segala perkara berkaitan motor halus (jari tangan) dibantu oleh ibu bapa..
Contohnya.. memakai stoking, memakai kasut, membutangkan baju, menyikat rambut, menyuap makanan..
Kadang-kadang, memang tidak sabar menunggu mereka untuk melakukan sendiri.. tetapi SABARLAH.. kerana itu untuk kebaikan mereka..
3. Anak tidak didedahkan dengan aktiviti menulis.. Sebagai ibu bapa, usia anak seawal 2 tahun.. dedahkan mereka dengan aktiviti mewarna..
Untuk kali pertama.. saiz pensel warna mestilah besar agar mudah untuk si anak tadi mencengkam..
Bentuk pensel warna pula berbentuk SEGI TIGA..tujuannya juga sama agar si anak tadi mudah mencengkam pensel..
Sekian perkongsian saya pada kali ini..
Mudah-mudahan bermanfaat..
Mohamad Fareez Mazlan
Guru Prasekolah

No comments:

Post a Comment