18/03/2016

BAGAIMANA MEMBANTU ANAK BIJAK MATEMATIK!!!

BAGAIMANA MEMBANTU ANAK BIJAK MATEMATIK!!!
Assalamualaikum dan selamat pagi..
Ramai yang bertanya saya.. macam mana dalam tempoh dua bulan, saya boleh ajar anak murid saya kemahiran menambah.. bukan ke terlalu awal?
Cara-caranya:-
✔ Mulakan aktiviti seriasi.. Aktiviti seriasi merupakan aktiviti perbandingkan..
Contohnya, murid membandingkan objek besar dan kecil, tebal dan tipis, tinggi dan rendah, dan juga panjang pendek..
Sewaktu anak itu masih kecil, ibu bapa harus mendedahkan anak-anak dengan aktiviti seperti yang dinyatakan melalui permainan LEGO, permainan android dan bermacam-macam lagi..
Jika aktiviti masih lagi belum dikuasai, maka.. ibu bapa@guru janganlah ajar anak tambah tolak lagi..
✔ Yang kedua, tahu bezakan mana depan, mana belakang.. Pengalaman saya dalam bidang ini.. biasanya murid tidak mengalami masalah arah depan dan belakang.. yang selalunya kiri dan kanan.
Bagaimana ibu bapa ingin membantu anak-anak tahu kanan dan kiri dengan mudah? HANYA pakaikan mereka jam tangan sebelah kanan atau pun perempuan boleh pakai gelang sebelah kanan..
Jam tangan atau gelang haruslah sentiasa konsisten dipakaikan di sebelah kanan..
Kita akan selalu pesan apabila waktu makan khususnya.. gunakan tangan kanan yang memakai jam atau gelang...
✔ Perkara asas seterusnya adalah berkaitan WARNA.. Tahukah kamu bahawa warna merupakan asas yang perlu dikuasai setiap orang.. sekiranya anak sudah memasuki usia 6 tahun, tetapi masih belum mengenal warna..
Ada perkara perlu kita risaukan..
✔ Perkenalkan mereka dengan angka.. cara yang paling klasik atau mudah.. semasa membawa mereka berjalan-jalan.. minta mereka sebutkan no pendaftaran kenderaan..
Ada macam-macam cara untuk memperkenalkan asas Matematik kepada anak-anak.. ini adalah sebahagian kecil sahaja.. tapi kesan yang besar..
Moga Membantu

No comments:

Post a Comment