PROSEDUR AKTIVITI LAWATAN MURID/PELAJAR
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang berikut merupakan susunan kerja bagi seorang guru untuk mengadakan lawatan ke sesebuah tempat. 1. Bincang dengan pihak sekolah/ ibu bapa mana-mana tempat untuk dilawati. Perbincangan meliputi kos makan dan minum, pengangkutan, penginapan, tarikh lawatan, kos bayaran ketika memasuki tempat-tempat yang dilawati. 2. Apabila persetujuan dicapai, kertas kerja disiapkan untuk ditandangani oleh ketua jabatan (Guru Besar). Sila klik pada pautan berikut contoh kertas kerja lawatan 3. Apabila kertas kerja diluluskan, sila hantar permohonan kelulusan ke ppd (lawatan dalam daerah) atau ke JPN (lawatan antara negeri) . Sila klik pada pautan berikut contoh surat permohonan melancong . PERMOHONAN MELANCONG HENDAKLAH DIHANTAR 5 MINGGU SEBELUM TARIKH PERMOHONAN 4. Apabila permohonan melancong sudah diluluskan, surat siaran kutipan aktiviti lawatan boleh diedarkan. Slik klik pada pautan berikut contoh surat siaran kutipan aktiviti lawatan k...