Posts

Showing posts from February, 2017

LANGKAH MUDAH UNTUK ANAK LANCAR MEMBACA

LANGKAH MUDAH UNTUK ANAK LANCAR MEMBACA. 1. Kenalkan anak-anak dengan huruf KECIL dahulu kerana bahan bacaan 98% huruf kecil.. huruf besar hanyalah diawal ayat dan untuk Kata Nama.. 2. Boleh muat turun permainan interaktif di app store.. pastikan permainan tersebut menggunakan huruf kecil. 3. Ada yang guna kaedah batang, dan ada yang menggunakan kaedah fonetik. Dua-dua kaedah betul..tiada salah.. pilih yang mana sesuai. 4. Sekiranya anak lambat menguasai.. beri mereka masa.. mungkin 2@3 hari untuk 1 huruf. 5. Bila nak mulakan? Boleh mulakan seawal usia 1 tahun ++@2 tahun. Jika 20@30 tahun dahulu.. sekiranya umur 3@4 tahun ada yang boleh membaca.. kita gelarkan mereka bijak, genius dan seumpanya.. Realiti kini Pada peringkat umur itu adalah biasa-biasa sahaja.. # KenalkanABCdahulu # LangkahSeterusnyaAkanDatang

PENDEKATAN VS KAEDAH VS TEKNIK & APLIKASI DALAM BILIK DARJAH

1.0     PENGENALAN. Dalam pendidikan abad ke 21, pedagogi dan penilaian perlu dikuasai oleh pendidik agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi mudah dan berkesan. Perubahan-perubahan kurikulum, dasar pendidikan, dan kehendak pasaran menuntut pendidik meningkatkan kemahiran mereka agar amalan pengajaran dan pembelajaran mencapai tahap pendidikan berkelas dunia. Dalam projek kali ini, guru akan menerangkan definisi dan konsep pedagogi dan penilaian secara terperinci. Projek ini juga akan menerangkan bagaimana untuk guru boleh mengaplikasikan pendekatan, kaedah, dan teknik di dalam bilik darjah dalam satu tempoh masa proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Selain itu, beberapa jenis penilaian yang sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti  juga akan dijelaskan dan dipilih untuk digunakan dalam menjawab soalan tugasan. Diharapkan agar guru-guru yang telah menguasai kemahiran pedagogi dan penilaian dapat melahirka...