Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Yang berikut merupakan susunan kerja bagi seorang guru untuk mengadakan lawatan ke sesebuah tempat.
1. Bincang dengan pihak sekolah/ ibu bapa mana-mana tempat untuk dilawati. Perbincangan meliputi kos makan dan minum, pengangkutan, penginapan, tarikh lawatan, kos bayaran ketika memasuki tempat-tempat yang dilawati.
2. Apabila persetujuan dicapai, kertas kerja disiapkan untuk ditandangani oleh ketua jabatan (Guru Besar). Sila klik pada pautan berikut contoh kertas kerja lawatan
3. Apabila kertas kerja diluluskan, sila hantar permohonan kelulusan ke ppd (lawatan dalam daerah) atau ke JPN (lawatan antara negeri) . Sila klik pada pautan berikut contoh surat permohonan melancong . PERMOHONAN MELANCONG HENDAKLAH DIHANTAR 5 MINGGU SEBELUM TARIKH PERMOHONAN
4. Apabila permohonan melancong sudah diluluskan, surat siaran kutipan aktiviti lawatan boleh diedarkan. Slik klik pada pautan berikut contoh surat siaran kutipan aktiviti lawatan kepada ibu bapa
5. Disamping itu juga, sertakan sekali surat kebenaran murid mengikut aktiviti. Sila klik pada pautan berikut contoh surat kebenaran JPN. Ada sesetengah sekolah mencetak borang ini kertas berwarna hijau muda atau putih. Bergantung kepada sekolah masing-masing.
*6. Katakanlah tarikh yang dirancang terpaksa ditunda. Slik klik pautan berikut contoh surat pindaan tarikh lawatan. DIINGATKAN, Sekiranya tarikh pindaan lawatan berlaku pada bulan yang sama, proses ini boleh dilakukan dengan menghantar surat sahaja. Sekiranya tarikh lawatan bertukar BULAN yang berbeza, PERKARA 3 perlu dilakukan semula.
7. Setelah selesai aktiviti lawatan. Laporan harus disiapkan. Sila klik pada pautan berikut contoh laporan aktiviti lawatan.
Sekian sahaja perkongsian pada hari ini. Selamat membaca :-)
Blog ini diwujudkan untuk pengguna mencari maklumat berkaitan dengan perihal prasekolah/ tadika/ kemas/ pendidikan awal kanak-kanak seperti lembaran kerja; aktiviti-aktiviti prasekolah; dan bermacam-macam lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Sila muat turun pada link di bawah KSPK SEMAKAN 2017 Brosur KSPK SEMAKAN 2017 Taklimat Umum KSPK Semakan 2017 Tunjang Komunikasi KSP...
-
Kad-kad yang saya muat naik ini mengandungi pelbagai bahan yang bermanfaat kepada semua terutamanya guru. Guru-guru dapat menggunakan ka...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di sini saya lampirkan contoh cadangan perancangan strategik/ Pelan Tindakan yang boleh digunakan g...
1 comment:
no plat bas untuk isi borang pelancongan, quotation
Post a Comment