13/12/2015

Anggaran Perbelanjaan Mengurus Kewangan Prasekolah Bagi Tahun 2016

Salam Bahagia.

Di sini ada panduan yang boleh digunakan guru-guru untuk merancang kewangan bagi mengurus perbelajaan duit prasekolah bagi tahun 2016.

Kewangan PCG Prasekolah melibatkan  tiga pecahan iaitu:-

i) LBPT Prasekolah.

Setiap murid akan diberikan peruntukan sebanyak RM 100 seorang. Jika murid prasekolah pada tahun tersebut seramai 25 orang. Maka, RM100 x 25 orang = RM 2500.  Jadi, peruntukan yang akan diterima oleh kelas tersebut sebanyak RM2500.

Peruntukan kewangan ini tidak boleh digunakan sesuka hati. Ia mestilah digunakan mengikut bulanan. Sebagai contoh RM2500 / 11 bulan = RM 227.27

Maka, belanja pada bulan Januari lebih kurang RM 227. Jika bulan Januari sudah belanja RM500. Maka, bulan Februari tidak digalakan berbelanja kerana perbelanjaan bulan Januari telah menggunakan peruntukan bulan Februari. Belanja seterusnya boleh dilakukan pada bulan Mac. Walau bagaimanapun, ia adalah sebagai panduan perancangan perbelanjaan mengurus kewangan yang baik.

ii) Wang Kokurikulum Prasekolah

Bantuan Kokurikulum ini baru sahaja wujud sejak tahun 2012 (Rujuk Pekeliling Bil 8/2012). Jumlah yang diperuntukan adalah sebanyak RM25 sekepala. Untuk menggunakan wang kokurikulum hendaklah melalui KERTAS KERJA SAHAJA. Berbeza dengan wang LPBT & duit makan yang hanya memerlukan NOTA MINTA sahaja untuk menggunakan peruntukan tersebut.

iii) Bantuan Makanan Prasekolah.

Mulai tahun 2013, kadar peruntukan bantuan makanan prasekolah telah dinaikkan dari RM1.80 kepada RM 2.00 untuk sekepala.

Jadinya, untuk merancang perbelanjaan bulanan, jumlah murid x RM 2 x bilangan hari persekolahan.
Contohnya, Jumlah hari persekolahan pada Januari 2016, adalah sebanyak 21 hari. Jumlah murid 25 orang.

Perkiraan:-

21 hari x RM 2 x 25 orang = RM1050.

Jadi, perbelanjaan pada bulan Januari bagi tahun 2016 adalah sebanyak RM1050 SAHAJA.

Gunakan duit makanan tersebut pada jumlah yang telah dirancangkan mengikut bulanan.

Jika terkurang atau terlebih, masalah yang ada sebenarnya hasil daripada perancangan yang tidak cekap.  Perancangan yang tidak cekap pula berdasarkan daripada Pengurusan yang lemah. Dan pengurusan yang lemah datang dari guru sendiri.

Sekian, perkongsian saya pada waktu ini.



MOHAMAD FAREEZ BIN MAZLAN


MOHON SHARE agar memberi manfaat pada yang lain.
Tekan butang ikon facebook di bawah

No comments:

Popular Posts